Sejarah Ringkas


Mula dibuka pada abad ke-19 iaitu sekitar tahun 1895. Bangunan asal daripada kayu dan sekarang digunakan oleh Tadika Kemas.

Pada tahun 90an sekolah terpaksa menumpang di bangunan SJKC Hing Hwa kerana tidak cukup bilik. Sebuah bangunan kilat mengandungi 4 bilik termasuk 2 bilik diubahsuai menjadi makmal sains dan bilik KH. Bilik kilat tersebut hanya siap pada pertengahan Januari 1994.                                                        

Pada April 1994 sebuah blok 3 tingkat mengandungi 12 buah bilik dan sebuah pusat sumber dibina. Ianya digunakan pada awal tahun 1996. Tahun 1995 sekolah mengalami banjir kilat yang memusnahkan buku-buku pusat sumber dan fail-fail pejabat. Pada awal 1997 pejabat dipindahkan ke bangunan baru dan bilik guru dinaiktaraf.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...