Tuesday, May 22, 2012

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN sedang berlangsung di SK Tambun mulai 21 Mei 2012 hingga 25 Mei 2012. Semoga semua murid dapat menjawab dengan baik dalam peperiksaan masing-masing. Selamat berjaya!!!



Sunday, May 20, 2012

Sambutan Hari Guru SKTambun 2012

Sambutan Hari Guru 2012 peringkat SK Tambun telah bermula jam 8 pagi dengan tema " Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara". Majlis dimulakan denganbacaan doa diikuti ucapan oleh Ketua Murid. Selepas itu, Dewan Merdeka SKTambun gegak gempita dengan sorakan dan gelak ketawa warga sekolah menyaksikan persembahan-persembahan daripada guru-guru SK Tambun yang sungguh mnghiburkan. Selepas waktu rehat, semua warga sekolah kembali berkumpul di dewan bagi menonton siaran langsung perutusan hari guru oleh YAB Dato Seri Diraja Haji Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia secara lintas langsung dari Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak. Selepas itu, acara diteruskan dengan nyanyian secara beramai-ramai oleh para guru SK Tambun menyanyikan lagu keramat Guru Malaysia dan lagu tema hari Guru 2012, Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Negara, disusuli majlis penyampaian cenderamata serta hadiah-hadiah. Sebelum bersurai, majlis telah disudahi dengan sedikit tazkirah, dan guru-guru telah menikmati jamuan makan yang sangat enak di bilik Pusat Sumber sekolah.


Murid-murid SK Tambun yang tidak sabar-sabar lagi hendak menyaksikan persembahan guru-guru SK Tambun.
Backdrop Hari Guru yang simple but sweet.
Persembahan Guru Pra dan Tahun 1: Semua jadi Najwa Latif.
Persembahan Guru Tahun 2: Kumpulan Pancasitara versi nasyid

AJK Bahagian Siaraya yang telah bekerja keras pada hari itu, En Norhamidi. Tiba-tiba Cikgu Huda ni enterframe pulak.

Persembahan Guru Tahun 3: Bacaan sajak yang sungguh menyentuh kalbu.

Persembahan Guru Tahun 4: Sketsa drama keluarga yang nak balik kampung.

Cikgu Norsiah comel yang sungguh sporting.

Persembahan Guru Tahun 5: Memori Daun Pisang. Gelek jangan tak gelek.



Persembahan Guru Tahun 6 : Koir + Rock
Cayalah Cikgu Rofi siap dengan rambut palsu warna merah!!!
Setelah penat bergelak ketawa, semua guru menjamu selera di Pusat Sumber Sekolah.

Ribut pun tau berhenti, udah-udah ler tu melantak!


Tuesday, May 15, 2012

SELAMAT HARI GURU


Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke 41

Dirasmikan oleh YAB Dato Seri DirajaHaji Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin

Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia

Tarikh: 16 Mei 2012             

Tempat: Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan


"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA "



Puisi : Guru Oh Guru

(SN Usman Awang)
Guru Oh Guru ..................
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...