Wednesday, July 11, 2012

SENAMROBIK SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

Bertarikh 10 Julai 2012, program Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia  telah diadakan di Dewan Merdeka SK Tambun dengan jayanya. Program ini telah disertai oleh semua warga sekolah SK Tambun termasuk guru-guru, staf sekolah dan murid-murid. Pada masa yang sama juga, berlangsung Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia peringkat kebangsaan di Padang Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, yang turut diiktiraf dalam The Malaysia Book Of Record (MBB).


Pendaftaran program telah bermula seawal jam 7.00 pagi oleh AJK Pendaftaran iaitu Cikgu Asyrihan dan Ustazah Wan Raihanah. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh YDP PIBG, En Ibrahim bin Abd Rauf yang turut serta memeriahkan program ini. Program senamrobik telah bermula pada 7.40 dimulakan dengan bacaan doa oleh UStaz Zikhirwan, dan diikuti dengan bacaan perutusan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, serta gimik.



Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.



Acara senamrobik tamat pada jam 9.00 pagi dan murid-murid kemudiannya kembali ke kelas masing-masing untuk sesi P&P.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...