Pengurusan



Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Saya selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tambun yang ke-18  yang telah memulakan tugas pada 1 November 2010 amat berbangga kerana dapat menyumbangkan bakti saya untuk memajukan sekolah ini dalam semua bidang. dengan moto kerja berpasukan iaitu Bersama Bergerak Serentak Ke Arah Kecemerlangan yang telah saya perkenalkan dan praktikkan, saya dapati semua warga sekolah yang terdiri dari Penolong-penolong Kanan, guru-guru dan kakitangan sokongan serta PIBG telah sama-sama menggembeling usaha dan tenaga dalam setiap program yang telah dijalankan. 

   Sepanjang di sekolah ini saya dapati banyak kejayaan dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sekolah telah dapat dicapai. Semangat bekerja sebagai satu pasukan ini amat penting kepada pihak sekolah umpama kata pepatah "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Penglibatan semua dalam aktiviti sekolah telah dapat mengeratkan hubungan dan mewujudkan suasana harmoni sepanjang masa.

   Saya juga akan memastikan setiap kemudahan sekolah disediakan untuk semua. Namun bukan semua perkara mudah dilaksanakan. Oleh itu saya memohon agar sebarang masalah akan dapat dibincangkan bersama untuk mencari jalan penyelesaian. Semoga  Sekolah Kebangsaan Tambun akan terus mengorak langkah untuk maju dan menjadi sekolah berprestasi tinggi  menjelang tahun 2015.

Hjh Che Wa bt Saad
Guru Besar
SK Tambun

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...