Monday, January 14, 2013

MAJLIS JASAMU DIKENANG -Sempena Persaraan PK Kurikulum SK Tambun Pn Hjh Dawiah bt Mat Isa

Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan Penolong Kanan Kokurikulum Penolong Kanan Pentadbiran SK Tambun, Puan Hajah Dawiah bt Mat Isa telah diadakan pada 4 Januari 2013 bertempat di Dewan Merdeka SK Tambun, Ipoh. Semua murid dan warga sekolah telah berkumpul di dewan sejak jam 9.00 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zikhirwan diikuti dengan ucapan oleh Ketua Murid SK Tambun. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Wakil PIBG, dan Puan Guru Besar Pn Hjh Che Wa bt Saad. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan slideshow yang telah disediakan oleh Juruteknik sekolah , Encik Ahmad Suhaidi bin Suhaimi.
Semua murid dan guru tidak melepaskan peluang untuk memberikan penghargaan kepada Pn Hjh Dawiah dengan menyampaikan hadiah serta cenderahati penghargaan masing-masing . Majlis diakhiri dengan penyerahan watikah persaraan yang telah disampaikan oleh Pn Guru Besar, Pn Hjh Che wa bt Saad kepada yang diraikan Pn Hjh Dawiah bt Mat Isa. Majlis bersurai pada jam 11.00 pagi. 


  

   

  
  


Tuesday, September 25, 2012

KURSUS PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER NEGERI

Kursus Pembangunan Pusat Sumber Cemerlang Negeri Perak telah diadakan pada 3 September 2012 hingga 6 September 2012 iaitu hari Isnin hingga hari Khamis, bertempat di Hotel Plaza Kuala Lumpur. Kursus tersebut telah bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 10.30 malam. SK Tambun telah diwakili oleh Guru Penyelaras Media PSS, Puan Hairunnishah bt Harun. Antara aktiviti yang dijalankan adalah lawatan ke SK Seksyen Shah Alam, perkongsian ilmu dengan GPM SK Taman Jana, Taklimat mengenai Literasi Maklumat, KEW PA, Pengurusan dan Pengelolaan PSS, serta lawatan ke Dewan Bahasa & Pustaka, Kompleks Kraf Kuala Lumpur dan Pameran Raja Kita di Istana Negara. Selesai semua acara kursus, semua Guru Penyelaras Media dan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang yang menghadiri kursus telah dilantik dengan rasminya menjadi jurulatih kepada GPM di daerah masing-masing.




















Tuesday, September 11, 2012

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2012

 



Bermulalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua warga SK Tambun, hari berlangsungnya peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 selama 3 hari iaitu dari 11 September 2012 hingga 13 September 2012. selamat berjaya diucapkan kepada semua murid SK Tambun. Jadual peperiksaan untuk subjek yang diambil oleh murid-murid SK Tambun adalah seperti berikut:



HARI
SUBJEK
MASA

SELASA
11 SEPTEMBER 2012


BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN)
BAHASA MELAYU (PENULISAN
MATEMATIK (KERTAS 2)


8.15 A.M. – 9.05 A.M.
9.45 A.M. – 11.00 A.M.
11.45 A.M. – 12.25 P.M.

RABU
12 SEPTEMBER 2012


MATEMATIK KERTAS 1


8.15 A.M. – 9.15 A.M.

KHAMIS
13 SEPTEMBER 2012


SAINS
BAHASA INGGERIS KERTAS 1
BAHASA INGGERIS KERTAS 2
UJIAN APTITUD


8.15 A.M.  – 9.30 A.M.
10.15 A.M. – 11.05
11.45 A.M.  – 1.00 P.M.
2.30 P.M. – 4.00 P.M.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...